Thursday 19 May 2011

Info Kesihatan : Tips-Tips pemakanan


  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.

  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".

  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi.

  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.  


  • Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.



  • @@@@@@@@@@@@@@@
    -RAJAH PIRAMID MAKANAN-
    @@@@@@@@@@@@@@@





    No comments:

    Post a Comment